SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG BERSAMA USTAZ ISMAIL
© Ustaz Ismail Haji Awang

Solat adalah penghubung antara hamba dengan dengan tuhannya. Para remaja yang ingin bercakap dengan yang maha kuasa eloklah perbanyakan solat. Surah al fatehah yang dibaca setiap ayat adalah bicara dengan Allah. Remaja suka berbual dengan kawan-kawan,teman dan sahabat. Tempat bermesra dan melepaskan rindu. Kita kurang bercakap dengan yang mahakuasa. Kita jarang memdengar bicara Allah melalui al Quran.
.
Perintah solat bukan untuk kepentingan Allah yang maha Agung yang sudah memiliki segalanya. Solat hanya untuk kepentingan hambanya. Solat sebenarnya melatih untuk hidup tertib sebab gerakan solat sangat tertib dimulai denga takbir dan di akhiri dengan salam. Bayangkan sekiranya solat ikut gaya masing-masing. Berlainan dan berjenis-jenis yang penting solat saja.
.
Tujuan solat sebenarnya ialah untuk mengingati Allah. Dalam al quran Allah berfirman maksudnya “ dirikanlah solat untuk mengingati aku” dalam ayat yang lain Allah berfirman “ hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang”. Bayangkanlah seharian kita fikir tentang dunia,fikir tentang kerja ,makan, minum,kawan,keluarga bermain dan sebagainya. Kalau semua itu kita dapat bagi masa takkan tak boleh bagi masa untuk beberapa detik masa kta yang 24 jam itu untuk mengingatiNya. Tak sempat ke solat sekadar empat rokaat. Dan ketika solat yang sangat sekejap itu masih boleh lupa Allah.
.
Solat sebenarnya bagaikan kapal penghubung antara manusia di bumi dengan Allah. Solat juga adalah bak ganti peristiwa mikraj yang berlaku kepada nabi. Ini sangat tepat dengan hadis nabi yang bermaksud “solat adalah mikraj orang bagi orang mukmin.”
.
Semakin baik mutu solat seseorang semakin efektiflah benteng kemampuan untuk memelihara diri daripada perbuatan maksiat.
.
Takkan kita dapati seorang yang khusyu dalam solat tetapi bergelumang dengan maksiat, orang khusyu tak akan berzina ,tak kan mencuri. Sebagai ukuran dan nasihat dari para ulama mengajara sekiranya kita mudah tergelincir dengan maksiat ini merupakan petanda kualiti solat masih lemah dan buruk serta mesti diperbaiki.
.
Bersempena dengan kedatangan israk dan mikraj marilah kita saling mengingatkan untuk saling memperbaiki mutu solat kita,ilmu tentang cara solat yang betul menurut Rasulullah Indek khusyu tentang solat perlu ditingkatkan kalau boleh mengalahkan indek komposit.
.
Wallah hua'lam.

0 Comments:

Post a Comment